Tuesday, 18 December 2018

News

18 AUGUST 2018


RUN FROM DIABETES 2018

img
Pada 18 Ogos 2018 yang lalu, Kobert serta beberapa organisasi lain sama-sama memeriahkan program larian anjuran Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) bersempena ‘Run From Diabetes 2018’ yang bertempat di Dataran Batu Buruk.

Keunikan program larian ini adalah  setiap kategori larian yang dipertandingkan menampilkan sajian tumpuan masyarakat di Terengganu yang mengandungi kandungan gula yang tinggi dan memudaratkan kesihatan seperti Akok, Nganang, Bronok, Jala Mas, Bunga Tanjung dan Nekbat sejajar dengan tajuk program tersebut .
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk memperkenalkan produk-produk kami kepada pengunjung serta peserta-peserta yang hadir di program larian tersebut. Kami ucapkan terima kasih kepada peminat-peminat sukan bolasepak yang tidak putus-putus memberikan sokongan buat jenama kami.

Secara keseluruhannya, tahniah KTS diatas sambutan yang memberangsangkan daripada peserta-peserta larian dan kami berharap agar program seperti ini terus diadakan pada masa akan datang.


Load More