Tuesday, 18 December 2018

News

13 JUNE 2018


UCAPAN: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439 AH

img
Salam Ramadan 1439 AH kepada semua warga KOBERT dan rakan-rakan sekalian.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, kita berjaya menunaikan Rukan Islam yang kelima iaitu berpuasa pada bulan Ramadan. Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa kepada semua Muslim di seluruh dunia. Ramadan akan meninggalkan kita dan digantikan pula  bulan Syawal iaitu bulan kemenangan buat seluruh umat Islam pada tanggal 15 Jun 2018 bersamaan 29 Ramadan 1439 AH. Suasana Ramadan yang dirasai setahun sekali ini sudah pasti bakal dirindui oleh semua Muslim di seantero dunia dan menanti Ramadan yang akan datang pada tahun hadapan.

Pada tahun ini, kita diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk meraikan Syawal yang mulia dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan disamping insan tersayang. Berteraskan kehidupan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, marilah kita bersama-sama merayakan hari yang mulia ini dengan semangat muhibah dan persaudaraan serta mengamalkan pendekatan ziarah-menziarahi yang telah diamalkan sejak dahulu lagi. 

Sehubungan dengan itu, di sini saya Mohd Faeez Asry bin Yusoff selaku Pengarah Urusan dan semua kakitangan Kobertbell Marketing (M) Sdn. Bhd. ingin menghulurkan kemaafan atas keterlanjuran kata ataupun terkasar bahasa.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,

Maaf Zahir dan Batin


Load More