Tuesday, 18 December 2018

News

20 MARCH 2017


PRODUK: Kunjungan Hormat Kobert ke KPDNKK

img

Baru-baru ini pihak Kobert telah melakukan kunjungan hormat bertemu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Hamzah Zainudin di pejabatnya di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Kobert yang diwakili oleh Pengarah Urusan, Faaez Asry berbincang dengan Dato' Seri Hamzah berkenaan pengeluaran barangan tiruan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Dalam soal ini, Dato' Seri Hamzah memberikan komitmen kementerian beliau untuk membantu Kobert membanteras kegiatan pengeluaran dan pengedaran barangan tiruan yang menggunakan jenama Kobert dalam pasaran.

Di samping itu beliau juga akan turut akan memberi bantuan dari beberapa aspek yang akan membolehkan jenama Kobert menembusi pasaran antarabangsa sesuatu yang menurut Faeez ingin dicapai dalam masa yang terdekat.

Ketika pertemuan tersebut, Dato' Seri Hamzah menerima sehelai jersi Kobert yang mempunyai nama dan nombor kegemaran beliau, iaitu nombor sebelas.



Load More